Sunday, 17 April 2016

PADAH !! [10 Gambar] Gara² 3 gadis terlalu asyik mandi bersama di sungai tanpa sedari '‪#‎tetamu‬ yg x d jemput datang menjelma'



Haaahhhh...Gila! xkan xde sorg pon yg prasan kot nih???





Jelmaan yang menyerupai wajah si gadis Jbeth Xyrana semalam dari kpg sebobok bau ketika mandi

bersama tiga orang rakannya di sungai berdekatan...

Ni la gmbar jelmaan yg x dsngka akan menyerupai 100% muka si gadis Bau itu...

‪#‎tetamu‬ yg x d jemput datang menjelma di siang hari...

Jin dan penunggu memang ada disuatu tempat yang telah lama ditinggalkan penghuni.kita tak boleh

menafikan kejadian pelik ini.Asal usul tempat itu adalah tempat penduduk yg masih belum

mempunyai agama(pagan).mereka mengamalkan kepercayaan nenek moyang. difahamkan juga

tempat itu dijaga oleh smangat dan roh mahkluk halus..Di gunung jagoi tersimpan tengkorak musuh

dulu2.kawasan itu memang berpenunggu.

[6 Foto 18++] Saya Malu..Saya Dicabul Dan Dipaksa Membuka Pakaian Dalam Kereta Juga Aksi Saya Turut Dirakam


Gara-gara menjalin hubungan cinta songsang, seorang remaja dibelasah dengan tongkat kayu sebelum dicabul dua lelaki di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Temerloh.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ina (bukan nama sebenar) bukan saja dibelasah dan dicabul, malah dia yang berada di tempat duduk penumpang belakang turut dimaki dengan kata kesat dan dipaksa makan cili api.

Lebih mengaibkan, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘bomoh’ sempat merakamkan gambar dan video Ina yang tidak berbaju itu dalam telefon bimbit sambil mengugut untuk menyebarkannya dalam Internet.






Ina yang berusia 19 tahun itu berkata, sepanjang perjalanan itu juga, dia didera fizikal dan mental apabila diasak pelbagai pertanyaan keluarga Tasha (bukan nama sebenar) dan bomoh terbabit tentang hubungan sejenisnya dengan wanita itu.

   “Keluarga Tasha datang jumpa keluarga saya di rumah dan paksa saya supaya ikut mereka ke Temerloh kononnya untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kesalahan yang dilakukan saya terhadap Tasha,” katanya.

Menurutnya, ibunya yang bimbang sesuatu terjadi ke atas dirinya menghubungi abangnya memaklumkan tentang kedatangan keluarga Tasha ke rumahnya bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Bagaimanapun keluarga Tasha tetap berkeras untuk membawa saya ke Temerloh untuk menyelesaikan perkara itu.

“Pada mulanya, mereka tidak membenarkan emak dan kakak saya ikut, namun setelah didesak beberapa kali akhirnya mereka terpaksa membawa kedua-duanya sekali ke Temerloh.

“Emak saya mula curiga, apabila saya dipaksa menaiki kereta berasingan sedangkan emak dan kakak menaiki kereta yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, atas alasan bomoh itu yang kononnya tidak berbuat apa-apa terhadap diri saya di dalam kereta terbabit, akhirnya ibu akur dengan alasan tersebut.

“Segala-galanya berubah apabila saya yang duduk di tempat penumpang belakang diapit abang Tasha dan bomoh telah bertindak kejam dengan memukul saya dengan tongkat kayu sambil melemparkan kata kesat,” katanya.

Ina berkata, bomoh itu turut merakamkan video dan gambar dia tidak berbaju sambil memaksanya untuk memandang kamera telefon bimbit tersebut.

Katanya, bomoh dan abang Tasha juga mengugut untuk membawanya ke sebuah penempatan Orang Asli kerana ada tujuh lelaki di situ yang sudah sedia menunggu untuk merogolnya.

“Bagaimanapun, ibu Tasha menghubungi anaknya itu supaya segera membawa saya ke rumah mereka kerana sudah lama menanti,” katanya.

Katanya, sebaik saja sampai di rumah ibu Tasha, dia dipukul wanita itu.

Menurutnya, kejadian dia dipukul itu hanya mampu disaksikan ibu dan kakaknya itu memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk menghalang perbuatan kejam tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dia tiba di rumah, dia menceritakan segala-galanya detik dia dicabul dan dipukul oleh bomoh dan abang Tasha kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.

“Pada mulanya, kita tak mahu memperbesarkan perkara ini, namun tindakan yang dilakukan oleh keluarga Tasha amat kejam hingga mendatangkan kecederaan dan mencabul kehormatan saya,” katanya.

Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam sebelum membuat laporan polis seterusnya di Balai Polis Bandar Tun Razak, Keratong.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan, Zainul Mujahidin Mat Yudin mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes terbabit.

Zainul Mujahidin berkata, polis menahan seorang daripada suspek untuk membantu siasatan.

Saturday, 16 April 2016

[10 Gambar] TERLEBIH GEDIK...!! Aksi Melampau Nellydia Senrose Semasa Menari Di Majlis Kahwin Kawannya


TERLEBIH GEDIK...!! Aksi Melampau Nellydia Senrose Semasa Menari Di Majlis Kahwin Kawannya...?? Perghhhh...Gambar No.2 Tu...Pasti Korang TERSENTAP ...!


























Sultan Ibrahim Ismail sudah menyokong Tun Mahathir secara terbuka. Suara Rakyat Suara Keramat. Johor dikecualikan GST. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku!! 3x



Sultan Ibrahim Ismail sudah menyokong Tun Mahathir secara terbuka. Suara Rakyat Suara Keramat. Johor dikecualikan GST. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku!! 3x 

Jom tonton video dibawah ni... sebarkan kepada semua...

MOHON BANTU SHARE YA INILAH 20 TANDATANDA AWAL KANSER MENYERANG KETAHUI SEBELUM TERLAMBAT


Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.

Sakit Biasa Mungkin Kanser

Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja.

Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian.

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. “Asid Perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu ‘pembunuh senyap’ sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru

Friday, 15 April 2016

EMMA AKMA HIDAP BUSUNG AKIBAT PERBUATAN SIHIR


Pelakon Emma Akma mendedahkan dia baru sahaja kembali sihat selepas hampir setahun menderita penyakit busung akibat perbuatan sihir.

Emma atau nama sebenarnya Emma Akma Yunus, 46, berkata, pada mulanya dia sangkakan sakit perut yang dialami adalah disebabkan penyakit Cist, namun selepas berubat secara tradisional di beberapa tempat, barulah dia tahu, ada pihak yang ‘menghantar’ sihir kepadanya.

“Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cist dan perlu melakukan pembedahan dengan segera.

“Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada perubahan.

“Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun,” katanya kepada mStar Online.

Menerusi Kamus Dewan, busung ialah penyakit gembung perut yang berisi air akibat sesuatu penyakit.

Sementara itu, Emma berkata, sehingga kini dia tidak tahu siapa yang ‘menghantar’ sihir itu dan pada masa sama enggan tahu individu berbuat demikian.

Malah Emma mengambil pendekatan untuk hadkan beriadah bersama rakan-rakan dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya.

“Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci.

“Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita,” ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan karier lakonan pula, kata Ekma, sejak menderita sakit busung itu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan.

“Sepanjang setahun ini, sekali sahaja saya berlakon dalam sebuah drama, itu pun watak kecil. Mungkin mereka ingat saya masih sakit, mereka tak berani nak ambil saya berlakon.

“Sementara menunggu tawaran berlakon, saya banyak mengambil tawaran kerja sebagai pengacara majlis selain menganjurkan bengkel-bengkel kecantikan dan lakonan,” tuturnya.