Seorang nenek yang berusia 84 tahun telah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit perut mendapati bahawa dia sebenarnya telah mengandungkan bayi ‘batu’ yang berusia 32 minggu di dalam badannya selama 40 tahun.
Wanita warga Colombia itu disyaki menghidap gastroenteritis tetapi ujian x-ray menunjukkan fetus yang beku di dalam abdomennya.
Ujian selanjutnya yang dijalankan di pusat kecemasan di ibu kota Bogota mendedahkan 18 inci fetus dengan berat 14lb, yang disyaki telah berada di dalam badan wanita itu sekurang-kurangnya 4 dekad. Kes itu disyaki disebabkan oleh fenomena perubatan yang jarang berlaku iaitu lithopedion. Ini berlaku apabila tanpa pengetahuan ibu, ada bayi yang terbentuk di luar uterus kemudian mati.
Disebabkan fetus tidak boleh dibuang, badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi itu kepada batu untuk melindungi ibu dari jangkitan.
Dr Kemer Ramirez dari Hospital Bogota Tunjuelito mengatakan: “ini berlaku apabila fetus berubah tempat dari rahim ke tempat yang lain.”
“Dalam kes ini, bayi telah terbentuk di abdomen dan disebabkan badan menghasilkan mekanisma ketahanan, ia telah dikalsified.”
Doktor-doktor menasihatkan bahawa ia amat berisiko untuk membiarkan fetus itu dan ia harus dikeluarkan kerana umur wanita itu yang telah lanjut.
Nenek itu, yang juga menghidap penyakit Alzheimer kemudiannya telah dipindahkan ke hospital lain akan menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi itu.
No comments :
Post a Comment